Terbang tinggi si burung
tempua,
Hinggap sebentar di atas
dahan,
Menjadi tanggungjawab kita
bersama,
Melindungi alam dari
kepupusan.
Malaysia merupakan salah satu negara yang
kaya dengan alam semulajadi.Jenis hutan yang terdapat di Malaysia ialah hutan hujan tropika.Suhu
yang tinggi kira-kira 27 darjah celcius serta hujan lebat sebanyak 2600mm yang
turun sepanjang tahun di negara kita sesuai untuk pelbagai spesies tumbuhan dan
haiwan.Antara spesies tumbuhan dan haiwan yang terdapat di hutan hujan tropika
ialah harimau,tenggiling,burung enggang,pokok meranti,orkid,pokok tanduk rusa
dan pokok cengal.Namun,lama-kelamaan khazanah negara kita akan hilang jika
tidak dipelihara.Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk
mengelak kepupusan flora dan fauna.
Antara langkah
menjaga alam sekitar ialah pembalakan terpilih.Jabatan Perhutanan perlu
menjalankan pemantauan bagi memastikan pokok-pokok yang ditebang telah
benar-benar matang dan mempunyai ukuran diameter yang melebihi 45cm sebagai sumber balak.Selain itu,kerajaan
patut mengadakan program penghutanan semula pokok-pokok berharga sebagai
langkah yang efektif untuk memulihara kawasan hutan.Melalui program ini,spesies
pokok -pokok yang bernilai tinggi
seperti akasia,yemane dan batai akan ditanam secara ladang dan ditebang
mengikut giliran selepas 30 tahun atau 50 tahun.
Seterusnya,semua
lapisan masyarakat patut mengamalkan 3R iaitu Reduce,Reuse dan Recycle untuk
memulihara sumber mineral dan hutan.”Reduce” bermaksud mengurangkan penggunaan
sesuatu bahan.Contohnya,mengurangkan penggunaan beg plastik semasa
membeli-belah.”Reuse” pula bermaksud menggunakan semula bahan terpakai seperti menggunakan botol air
mineral yang telah kosong sebagai tempat meletak peralatan menulis.Akhir sekali,”Recycle”
pula bermaksud guna semula bahan sedia
ada.Sebagai contoh,kertas,kaca dan surat khabar lama dikitar semula untuk
menghasilkan produk baharu.
Selain
itu,pihak kerajaan wajar mewartakan hutan simpan dan taman negara.Hal ini
kerana hutan bukan sahaja membekalkan oksigen kepada kita malah turut menjadi
kawasan tadahan hujan serta mengelakkan hakisan tanah berlaku.Tambahan
pula,pihak kerajaan boleh membuka taman negara kepada orang awam yang ingin
menikamati alam semulajadi untuk menjanan
wang pendapatan.Sebagai contoh,sebuah jambatan panjang telah dibina
merentasi Taman Negara Pahang untuk memudahkan pengunjung melakukan aktiviti
‘jungle trekking’.
Di samping itu,antara langkah untuk menjaga alam sekitar
adalah dengan melakukan rawatan silvikultur.Pihak Jabatan Penghutanan patut
menjalankan rawatan silvikultur untuk memastikan pokok-pokok yang ditanam cepat
matang.Pegawai silvikultur merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengenal
pasti dan merawat pokok-pokok yang berkualiti dan berpotensi.Melalui kaedah
ini,pokok-pokok yang berharga diberi perhatian dan bantuan untuk hidup subur
manakala pokok-pokok yang tidak bernilai akan ditebas,diracun serta digelang
untuk mengurangkan persaingan antara tumbuhan .
Akhirul kalam,semua pihak patut bekerjasama
untuk menjaga alam sekitar dari pencemaran seperti bulat air kerana
pembetung,bulat kata kerana muafakat.Selain itu,terdapat beberapa langkah yang
efektif untuk menjaga alam sekitar dan semua langkah tersebut harus dilakukan
dengan segera untuk mengelak bencana alam dari berlaku seperti peribahasa cegah
sebelum parah.Tambahan pula,langkah-langkah tersebut harus dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan bukanya dilakukan secara sambil lewa seperti peribahasa
melepaskan batok di tangga.
432
patah perkataan